Wednesday, May 18, 2011

Novel jadi drama @ filem

Semalam Nadya blogwalking kat blog feelfreetofly.Blogger ni cakap lepas ni akan ada 7 novel alaf 21 yang akan dijadikan telefilem iaitu

1. Adam dan Hawa by Aisya Sofea ( semua orang baca novel ni kot )
2. Jauh by Aisya Sofia
3. Manisnya Cinta by Anis Ayuni
4. Kau Yang Satu by Nia Azalea
5. Tiada Yang Kedua by Sania Yasmin
6. Kau Untukku by Aisya Sofea
7. Bayangan Rindu by Anis Ayuni

Honestly novel yang no 4 tu I tak pernah baca pun.Lepas ni kayalah Aisya Sofea banyak gak novel dia jadi telefilem. I memang minat gila baca novel Aisya Sofea, Anis Ayuni dan Aina Emir.

Banyak jugak novel yang dijadikan telefilem ni yang I ingat adalah novel Cinta Pertama by Norhayati Berahim ( ni favourite gak ni ), Kau Laksana Bulan by Aina Emir ( novel ni pun tak pernah baca I terus tengok drama dia ). Yang paling latest kat tv3 ialah Nora Elena tajuk asal novel ni Kasih Yang Suci.Nora Elena adalah nama watak dalam novel tu dilakonkan oleh Siti Saliha adik Sam Bunkface.

Kalau kita semua perasan penerbit tv sekarang ni suka adaptasikan novel ke telefilem, adakah diorang dah tak ada idea nak buat cerita ataupun mengambil kesempatan atas kelarisan novel2 ni kat pasaran. Tapi kalau tengok dari segi yang lain ianya memberi peluang kat penulis novel ni untuk lebih dikenali dan sekaligus diorang boleh jadi scriptwriter macam Sharifah Abu Salem tu.Baru tahu dia yang tulis citer Asmara coz baru tengok Season 2 dua kali,sedih kan?sangat ketinggalan.

Yang tak bestnya bila novel ni jadi telefilem @ filem ianya akan jadi tak seperti yang kita gambarkan contohnya The Lord of The Ring ramai gak yang kecewa dengan jalan cerita filem ni.Harry Potter pun sama gak, maybe imaginasi penonton tak dijangkau oleh akal.Yang paling I frust adalah cerita Twilight Ecslipse, bagi I Esclipse adalah novel yang paling best dalam Twilight Saga but bila tengok cerita dia macam apa je.

Macam dalam novel Ombak Rindu yang tak lama lagi akan jadi fielm ni, for me personally I tak berapa suka dengan hero @ heroin cerita ni. I bukan tak suka Aaron Aziz dan I pun takde lah nak suruh director dia amik Robert Pattinson cuma I rasa dia tak sesuai je untuk filem ni.Habis la lepas ni mesti orang banned I memandai je nak tentukan pelakon dalam filem orang.

Macam Wardina cakap even dia kerja kat tv tapi dia tak tengok tv pun coz bagi dia tv limitkan imaginasi seseorang tu. Dia lagi prefer suruh anak dia baca buku banyak2. Contohnya macam kita baca Harry Potter kita akan imagine plot cerita yang gempak2 but when it turns to movie macam hampeh je.

Oh ya blogger
feelfreetofly
ni cakap pasal salah ke laki baca novel. Bagi I tak salah kalau laki baca novel coz my dad pun baca novel kay.Novel Siti Rosmizah yang baru adik I beli kat pwtc tu terus ayah I bawak gi Sabah.Kitaorang tak baca lagi kot novel tu, terpaksa tunggu 2 minggu untuk baca novel tu.Nasib baik lepas balik outstation dah habis baca.Susah kot nak tengok laki baca buku, kalau ada pun mesti majalah sports atau majalah kereta.

Sekarang ni dah kurang baca novel alaf 21 lagipun penulis yang best2 ni dah banyak buat syarikat penerbitan sendiri.yang tengah 'in' dalam pasaran mestilah Hlovate.

Dari novel


ke drama


Lagu dalam drama ni pun best tau.Antaranya ialah Rapuh by Opick dan Tak Mungkin Kerna Sayang by Alyah.Before terlupa kesemua 7 novel yang kat atas tu akan ditayangkan kat Astro Citra ( ni tak best coz tak langgan pakej Mustika).Memang tunggu orang download je la kan baru dapat tengok.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...