maybe ada yang dah tengok citer fast and furious ni.Kalau ikutkan citer tu kuar hari ni tapi ada certain tempat dah kuar awal.Korang tengok la citer ni kalau korang memang peminat fast and furious dari dulu lagi.Kalau macam kitaorang ni memang peminat citer ni, kalau tengok citer ni secara marathon dari first series pun kitaorang sanggup.
Citer ni macam kumpul balik semua legend2 dari series diorang yang dulu.Kalau korang ingat dalam tokyo drift ada sorang mamat jepun ni pun ada gak dalam filem terbaru ni.Diorang ada mission impossible plus crazy mission.Actually drift or keta2 mewah tu takde la sangat tapi lebih kepada aksi2 menarik.
Kalau tengok ni pun dah tau filem ni tak cerita sangat pasal kereta.Diorang lumba2 kereta ni pun kurang.Maybe diorang nak buat kelainan kot.Papepun thumbs up la kat movie ni.Tengokla pasti tak menyesal.
Bestfriend dari sekolah rendah...pergi makan kat tempat yang tak berapa nak sedapp..:(
Before pergi tengok movie ni kat Wangsa Walk kitaorang singgah dulu kat The Mall.Adalah beli barang sikit kat situ sambil beli majalah terpakai kat 'The Book Chest' kat tingkat atas sekali.Memang berbaloi la beli buku terpakai kat sini.Kalau sape yang nak jimat memang patut pergi kedai ni.
Ingatkan nak usha kedai tudung Fareeda manala tau jumpa Cik Mawar lagi tapi malas la pulak kalau fulus tak bape nak ada then masuk setakat nak window shopping je baik tak payah.Buat segan je kat salesgirl dia.(macam la Cik Mawar tu ingat kat kitaorang lagi infact banyak lagi branch yang dia nak kena pergi tengok)
Then kitaorang tak breakfast lagi so nak pergi la minum2 jap tak rasa nak makan pun coz pagi lagi.Nak minum kat food court atas tu macam scary je coz byk kedai cina.Memandangkan dah lama tak pergi sini so terlupa la pulak ada food court kat aras bawah.
So random je la pick nak minum kat mana.Time order nak minum tu rasa macam kenal je aunty yang amik order ni.Ok tak baik gebang sangat jumpa Hanis Zalikha but wait wait kitaorang jumpa mama dia kot.Sangat2 surprise dapat jumpa mama dia coz tak sangka mama dia yang jaga kedai harini.Ye lah selalunya pekerja je yang ada,maybe rezeki kitaorang mama dia datang kedai harini coz pekerja diorang cuti.
Nadya: "ermm ni mama Hanis kan?"
Mama HZ : " Ala segan la aunty"
Then mama dia terus salam kitaorang. Pastu ada la sembang2 sikit pasal kitaorang ada komen kat blog dia regarding canopy yang abg ipar kitaorang buat.Seriously mama dia tak sombong,berbeza apa yang kita baca kat komen box blog mama dia.Mama dia peramah infact daddy dia pun ada jugak kat situ tadi.Memang macam anak dara kitaorang tengok.Tinggi pun tinggi patutla Hanis tu jadi model.Tengok je la gambar kat bawah ni.
Kalau aunty nani baca blog ni kitaorang nak cakap thanks sgt2 sudi sembang,layan kitaorang pagi tadi sambil buat air.Thanks jugak coz sudi bergambar sekali.Aunty tak pakai mekap pun cantik kot dalam gambar.So people jangan la judge orang selagi tak kenal orang tu macam mana.Mungkin dari segi penulisan berbeza dengan personaliti seseorang tu.Tulisan tak bernada so lain orang lain nada yang dibaca.Tu kadang2 jadi salah faham bila baca blog orang.
Bertuah...
ReplyDelete